Showing posts with label masakanku. Show all posts
Showing posts with label masakanku. Show all posts

Thursday, 26 May 2011

My Recipe : Nasi Ayam Singapura

Nasi Ayam Singapura


Salam and good days guys, lama benar dah saya rasa saya x update blog ni,bukan apa,broadband ader problem skit and now dah okey,nak guna bb pun malas sebab ada banyak picture.so today nak share resepi i yang i amik from my nanny,ada sedara yang tinggal kat singapore.So sempena hari ibu yang lepas,i ada masak ni untuk mak,makcik and family i...



So Bahan Bahan nya untuk 2 ekor ayam ni and 10 orang Makan:

  • Bahan Asas yang harus di kisar:
Bahan Asas
  1. Bawang besar 7 Biji
  2. Bawang putih 2 labu
  3. Serai 5 batang
  4. 4 cm halia
Bahan kisar dibahagikan dua untuk diletak di dalam ayam dan nasi 
  • Bahan Ayam   
  1. Ayam dibasuh bersih 2 ekor
  2. Bahan Kisar
  3. Madu 2 Sudu Besar
  4. Serbuk kayu manis 3Sudu Besar dan sesudu kunyit debu
  5. Kicap secukupnya
  6. Garam dan gula secukupnya.
cara cara menyediakan ayam : ayam di kukus terlebih dahulu dengan memasaukan sedikit bahan asas yng telah dikisar.Ayam dikukus untuk mendapatkan air rebusan ayam.Selepas itu perap dengan semua bahan diatas.dibiarkan seketika sebelum digoreng.

  • Bahan Nasi Ayam :
  1. Beras yang telah dibasuh (i buat untuk 10 orang makan)
  2. Daun pandan diikat riben
  3. Bahan asas yang telah dikisar
  4. Minyak masak secukupnya atau mentega
  5. Air ayam yang telah dikukus
  6. 2 batang serai yang diketuk
  7. Garam secukupnya
Caranya : panaskan sedikit minyak,tumis bahan yang dikisar,masukkan daun pandan,serai dah beras,masak sedikit,masukan air rebusan ayam secukupnya,kalo x cukup boleh tambah air biasa.letakan kan garam secukupnya.Biarkan hingga masak

  • Bahan untuk sos cili:
  1. Cili besar 10 Batang
  2. Cili padi 4 Batang
  3. Tomato 2 biji
  4. Perahan air limau nipis secukupnya
  5. gula dan garam secukupnya
Kisar semua bahan diatas ye uol.


  • Bahan untuk sup ayam boleh click kat link dibawah :
Resepi Sup Ayam

Perapan ayam


Inilah Hasilnya

selamat mencuba uolll,untuk saladnya uol boleh gune apa je uol rase suke.heheh

love

Affy Ronan

Wednesday, 4 May 2011

My Recipe : Sup Ayam

bawang bawang dan halia

kentang dan lobak

sup bunjut adabi

satu sup bunjut dibuka untuk dikisar bersama bawang


bahan kisar

ayam seekor dipotong kecil

ayam,kentang dan sup bunjut yang tidak dibuka dimasak bersama bahan kisar

titiskan olive oil

hasilnya,sup ayam yang berkrim

sambal tempoyak

Salam and good day uol,I rase dah lama tak masak sebab terlalu busy menjaga makcik yang sakit.So today makcik saya teringin nak makan sup ayam,resepi sup ayam yang saya buat ni amat senang dan dicipta sendiri.

Bahan bahan nya:

1.Seekor ayam dipotong kecil

2.5 biji ubi kentang dipotong 4

3.2 batang lobak merah

3.2 bungkus rempah sup bunjut adabi

4.2 keping asam keping atau perahan limau nipis

5.2 biji bawang besar

6.1 labu bawang putih dan halia seinci

7.2 sudu besar minyak masak

8.1 sudu besar olive oil

9.Garam secukupnya

10.Daun sup dicincang

11.Cili padi (ikut suka)


Cara caranya:

1.Bawang besar,bawang putih,halia dan satu sup bunjut yang dibuka bunjutnya dikisar sehingga betul betul lumat.

2.Panaskan minyak masak di dalam periuk,masukkan bahan yang telah dikisar tadi.Masak sehingga keluar bau.masukkan sup bunjut dan asam keping.

3.Masukkan kentang dan lobak merah beserta ayam.Biarkan seketikan sehingga turun air ayam.Masak seketika.

4.Masukkan air secukupnya,titiskan olive oil dan masukkan garam secukup rase.gaul.

5.Masakkan sehingga kentang empuk dan apabila telah masak taburkan dengan daun sup.

6.Sedia untuk dihidangkan dan sesuai dimakan dengan sambal tempoyak.


Selamat mencuba guys.

Love,


Affy Ronan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 1 April 2011

My Recipe - Resepi Keropok Losong (Khas untuk perantau)

Keropok Losong
Keropok Losong yang famous

Harga Keropok Losong
Dibuat dan digoreng di depan mata 

Sos cuka
Salam and good day semua, semalam hari khamis i pergi servis kereta dengan my cousin,pergila dekat tan honda,ayoo,servis memang sekejap,tapi nak basuh tu memang lama sampai i tertido dekat bilik menunggu.Sambil tu buat ketupat dengan sorang pakcik yang tunggu kereta dia jugak.Borak borak kosong.

So after siap semua,kami singgah di  hiliran,pergi beli keropok lekor yang memang famous la kat terengganu ni,keropok lekor losong ataupun orang panggil kepok losong.Satu kedai kat situ nama dier adnan.Tu la tempat orang selalu beli,siap beratur panjang.Harga pun murah.so sambil tunggu dierng goreng kerepok tu,iol pegi tengok makcik yang mengentel keropok tu,ada macam macam size,so iol tanye la resipi dier,so ni uol try la.Mak i pun pernah buat kat rumah guna resipi yang sama.

I kesian tgk kawan kawan kat oversea mengidam keropok lekor,kesian kat aisyah,ryssa,aizat sume tu.so nah iol dah search dah apa nama tepung tepung semua tu.Terima la....Kalo dah buat bagitau eh korang.
bahan bahanya:
  1. 5 cawan isi ikan kembung/selayang or kalo xde try tuna dalam tin
  2. 2 1/2 cawan "potato flour or glutenous flour or sago flour" = tepung sagu
  3. 3 sudu kecil garam

Untuk sos nye pulak kalo rajin :

  1. 3 sudu besar cili blend
  2. sedikit gula melaka if ada
  3. 1 sudu kecil asam jawa
  4. 2 sudu besar gula
  5. 1/2 sudu kecil garam
  6. 2 sudu besar cuka
  7. 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
  8. 2/3 cawan air

.dan cara caranya.

  1. Bersihkan ikan,buang tulang, dan kulit ikan. Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.Kalo nak sedap lagi letak banyak ikan.Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur.Jangan letak air uol
  2. Selepas blend kesemua isi ikan,masukkan dalam mangkuk besar,uli dan masukkan tepung sagu sedikit demi sedikit.Gaul sehingga ke semua tepung abis.
  3. Masukkan garam dan ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan pemotong.Kalo malas uol boleh buat bemtuk macam fish ball aje.
  4. Taburkan sedikit tepung kanji di atas papan supaya adunan tak melekat pada papan. 
  5. Buat sampai habis uol

cara  nak masaknya pulak:


  1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
  2. Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.Lepas rebus boleh goreng jugak .Mana mana pun sama je sedapnya
  3. Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style).Sedap dimakan panas2..
Untuk sos pula :  masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lepas tu masukkan cili yang sudah di blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.

Ingat uol tipsnya,keropok yang sedap memerlukan ikan lebih banyak dari tepung,nisbah 5 cawan isi ikan, 2 cawan tepung sagu.Tak guna tepung kanji pun tak apa.

love

Affy Ronan

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 30 March 2011

My Recipe : Mee Goreng Basah

Salam and good day guys,

Koraang leh kurangkan skit minyak,i terrlebih skit sbb ingat ke ada dua mee,satu je rupenya

Today i nak share dengan semua mee goreng basah yang amat mudah dah simple.Memang senang je uol,ni adik i yang umur 5 tahun tu ,si akiff yang request,so i masaklah untuk dier.Akiff ni memang giler ayam.

Bahan bahan:

tomato and cili sos (i slalu guna heintz,tapi dh habis plak)
Mee kuning ( basuh secuci cucinya k)
Bawang besar dan putih yang diblender


Sebungkus mee kuning
Daging ayam dipotong kecil kecil
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 biji
Sos Tomato 1 Senduk kecil
Sos Cili 1/2 senduk kecil
Cili boh 2 Sudu
Kicap manis 3 sudu
Garam secukup rasa
Sayur jika suka

Cara caranya senang saja

  1. Mula mula panaskan kuali,masukkan bawang besar dan putih yang telah diblenderkan dengan secawan air
  2. Masak sehingga kekuning kuningan,masukkan cili boh dah biar sehingga betul betul masak di atas api yang kecil
  3. Masukkan sos cili,sos tomato dan garam,kacau sekejap
  4. Masukkan ayam anda dan masak sehingga ayam tidak lagi mentah
  5. Masukkan kicap dan masukkan mee yang telah dibasuh 
  6. Kacau hingga sebati,biar sekejap,masukkan sayur.
jeng jeng jeng,maka siaplah mee goreng basah anda anda,anda juga boleh tukar ayam tu kepada bahan bahan lain.selamat mencuba.
love,

Affy Ronan

Thursday, 24 March 2011

My Recipe : Puding Gula Hangus\Puding Caramel

Salam and good day guys,wah,semalam tido awal lepas isyak mcmtu,then bangun balik dalam kul 12 malam,rasa lapar yang amat sangat.so saya pergila ke dapur,masa ni semua orang dah tido.Bukak peti tengok ada pudiing gula hangus or puding caremel.Dalam hati,eh bile plak my mom buat ni.So saya nak share dengan u guys cara cara nak buat,ni paling senang.

Bahan - Bahan :

3\4 cawan gula
Setin susu cair
4 biji telur
Sedikit vanila esen


Cara cara:

Masukkan 1\2 cawan gula dalam blender,masukkan telur,blender hingga sebati,masukkan susu cair dan vanila esen dan blender lagi.

Before that ,buat gula hangus dahulu,goreng dalam kuali stengah cawan gula dengan 2 sudu air,biarkan hangit,then. Masukkan dalam loyang yang telah
dipanaskan dalam pengukus.

Selepas itu baru tuang dan tapis bahan yang diblender tadi dan kukus 35 minit.

Senang kan uol,resipi ini diberi oleh my mak angkat mase program rakan muda kat bukit kuin,kalo I rase nak makan I akan buat la.sekejap jap.sorry la xder pic sbb I rase semua org dah tahu mcmana rupannya,I lupa nak amik pic smalam. 


Selamat Mencuba uol,di laon hari saya akan upload picture

Love,

Affy Ronan

Tuesday, 22 March 2011

My Recipe - Spaghetti Cheese Carbonara (Simple and Easy)

resepiku
Salam and good days uol,arini I nak kongsi dengan u guys resipi yang baru first time I masak,Spaghetti Carbonara.I ada 2 cara,cara I ni yang easy n simple,ada satu lagi cara yg lain sikit diajar oleh hariz,so I akan publishg yang simple dulu,yang I buat today.

So bahan bahan yang I guna tadi:

  1. Spaghetti san remo 500 gram
  2. Satu tin prego mushroom carbonara mushroom rm 4.00 + je
  3. Satu tin prego cheese and herb
  4. Satu tin susu cair marigold
  5. Udang kecil dan besar (ikut suka uol,asalkan seafood)
  6. Sayur sayuran (tadi I letak cili benggala and bunga kubis)
  7. Garam
  8. Lada sulah serbuk
  9. Minyak zaitun
  10. Bawang putih dan bawang besar dicincang
  11. Mentega sedikit
  12. Air secukupnya

1
2
3
4
6.picture udang kecil lupa nak amik,udang besar di goreng skit ,goreng asing dengan mentega
9
Cara cara nya:

1.Spaghetti-Rebus air untuk memasak spaghetti anda,tgk dekat peket ada tulis brapa minit.tapi untuk lebeh sedap,letak sesenduk mentega,garam dan sedikit olive oil didalam air rebusan.Biarkan sehingga spaghetti masak.tapis dan gaul skali lagi dengan olive oil.jangan overcook ye.x sedap.if rase terovercook,tutup api,masukn ais dlm periuk.

2.Untuk Sos or kuahnye pula-panaskan periuk,masukkan minyak zaitun dua sudu besar,masukan bawang putih dan bawang besar yg dicincang halus,masak sekejap,masukkan air 2 cawan ye.ingat 2 cawan sahaja,masukkan udang anda,biarkan udang masak,masukkan susu cair dan kedua dua tin sos prego,serbuk lada sulah if nak pedas,garam secukupnya,kacau and biarkan api slow,biarkan mendidih sehingga pekat sedikit. Then last boleh masuk sayur anda.or anda boleh sautee sayur and udang yg besar.

Kacau bila mendidihmsorry pic terbalik
Jeng jeng jeng,dah siap,boleh dihidang.senang kan,kalo xnak letak udang ,leh letak apa je,seafood lain,or salmon ke.

Sedap di,makan masa panas
Selamat mencuba.

Love,

Affy Ronan

Ps:kalo nak tukar spaghetti dgn macaroni pun boleh,sebab rase ada unsur2 cheese.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 19 March 2011

My Recipe - Ketam Masak Kicap Bercili


Salam and good days guysss, jeng jeng jeng, seperti yang telah dijanjikan,i nak try masak apa yang i makan dgn wan,faiz,mirul,yatt dekat kedai jalan alor,and fatty crab,tapi i buat versi jalan aloir la.i xde resipi dier,so i buat ikot rase yg i pernah makan.

So ,ketam ni mmg sedap dan sesuai dimakan oleh sesipa sahaja walaupun kanak2.jom kite tengok bahan bahan nya:

Sekilo Ketam dipotong dua
Bawang besar 4 Bijik, Bawang putih, Halia (semua diblender)
Cili Boh 4 sudu besar
Kicap cair manis Setengah cawan atau secukup rasa
Gula
3 keping asam keping
Daun Kari


So cara caranya,

  1. Panaskan minyak sehingga betul betul panas
  2. Masukkan bahan yang telah diblender,goreng sekejap
  3. Masukkan daun kari
  4. Goreng sampai wangi
  5. Masukkan cili boh dan goreng sampai masak cilinya
  6. Masukkan asam keping]
  7. Masukkan kicap dan sedikit gula,garam jika perlu (kicap sudah masin )
  8. Masukkan ketam dah tutup kuali biarkan api sederhana
  9. Biar ketam masak dan pekat
  10. Hidangkan

Inilah hasilnnyaaaaa:;

berflash
memang sedap
terinngin nak masak untuk bff semua,anda trylaaa ye...tq

love,

Affy Ronan

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 15 March 2011

My Recipe - Meat Popper

Salam and good day guys, semalam kan,i lapar giler,kebetulan my little sister yang duk asrama tu ada balik,so i masak la ,ingat nak buat meat ball,tapi tgk kat peti tinggal skit je daging.so i mula lah plan resipi sendiri.hehehe.so i pun masak la meat popper katanyaaa,hahah.

Bahan bahannya:

500 gram daging cincang ramly ( daging lembu tau,bukan daging ramly)
600 to 700 gram tepung gandum (pandai pandaila sukat,jgn pekat sgt and cair sgt)
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa
Telur 4 biji
Bawang besar 2 bijik diblender
Bawang besar 2 biji dicincang
Air secukupnya

Cara caranya.

  1. Campurkaan semua adunan dan gaul sebati,agak agak pekat sikit,tpi jgn pekat sgt,
  2. guna sudu,buat bulat2 dulu atas tray
  3. then panaskan minyak sepanasnya uol
  4. goreng dlm  minyak yg dalam ye samapi kekuningan.pastu hidangkanla.senang kann.

buat bulat bulat atas tray,so nanti seng je letak dlm kuali,guna sudu tau.bulatlah sgt kan  


x bulat jugak uoll,i ni mana la berseni
ni lah hasilnyaa, nampak mcm cekodok,tapi rasa dier lain tau..try la
kalo mkn dengan soso ni,mmg sedap


 with love,

Affy Ronan


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 12 March 2011

Seafood Goreng Tepung

Salam And good days guys,smalaam hari jumaat,so kat trg ni cuti,i temankan my aunt pegi kuala terengganu untuk kenduri saudara kami,angin sangat kuat yer and menakutkan,okay,mlas lah nak citer part angin angin ni,kat berita pun dah ada.heheh.

So, otw balik ke dungun,mcm biasa lah,kalau x bhenti makan mmg xsah,so kami berhenti di gerai makan di kelulut,gerai yang satu satu yang last skali.betul betul sebelum kedai serbaneka yang ada atm bsn tu if dtg from kuala trgganu .enjoy the pic.


Ikan celup tepung RM 2 seekor

Sotong celup tepung : rm5 je sepinggan





Udang celup tepung pun rm 5 sepinggan,sorry dah termakan dah
ni pun sotong
huda pose blkang.angin kuat gile
Ombak yang jahat
Air plak i order air kelapa ad teh tarik,memang layan la minum sambil ditiup angin.

So i ask them mcmana dierng masak ni,ni la resipi dier,lebih kurang je ngn resipi my mom:

Tepung beras 4 cawan
Air (secukupnya )
Serbuk Kunyit sedikit
Telur sebiji
Garam
Gula
Sedikit kapur (yg mkn sirih tu) 1 sudu, xde pun xpe kot


 cara - cara

gaulkan semua bahan hingga sebati yer. then teruskan dengan:
  1. Panaskan minyak di dlm kuali dgn api yg sederhana.
  2. Celupkan ikan di dalam adunan tpg td.
  3. Kemudian goreng sampai btl2 garing.
  4. Siap utk dihidangkan. Selamat Mencuba! 

selamat mencuba uoll

love,

Affy Ronan

Thursday, 10 March 2011

My Recipe - Nasi lemak Terengganu

Salam and good morning guys, today is last day adik I ke sekolah sebab after this cuti skolah dah start selama seminggu di zon timur, so I rase nak masa nasi lemak untuk breakfast.So i nak share resipi dengan u guys, tapi I ni kalo share resipi memang i x suke and x rsti nak bagitahu sukatan bahan bahan, sebab i masak ikot apa yang i makan dan rase.hehe, so hope sape yang nak try masak tu, sukatan tu ikot lidah sendiri ler ye.

1.Nasi nya uolll.

Okeyh, i masak nasi ni guna rice cooker jer,i masak dalam 4 cawan beras.so ni bahan bahan untuk nasi:
  • Beras 4 ke 5 cawan
  • Santan 2 kotak
  • Air secukupnya
  • Bawang merah 4 ulas kecil,Bawang putih 2 ulas,halia 1 inci (semua dipotong kecil)
  • Then 2 helai daun pandan diikat ala riben.hahaha
  • sedikit garam.
okeyh,mula mula rendamkan dulu semua bahan bahan tadi dengan beras di dalam periuk selama setengah jam,air jangan letak byk sgt takot nasi lembik.then after stengah jam letak la dalam rice cooker,kacau sebati after dekat nak masak.

2. Sambal Bilis
Sambal Bilis


Okeyh, i suke makan nasi lemak dengan sambal bilis yang pedas dan rasa manis skit.so ni bahan bahannya:

  • Bawang Besar 3 biji, Bawang putih 5 Biji,Halia 1 cm,sedikit belacan (semua bahan diblender)
  • Ikan Bilis 100 gram
  • Minyak masak
  • Gula Melaka ( 1 kerek)
  • Gula
  • Garam
  • Asam keping 2 keping
  • Daun pandan sehelai
  • Cili Boh (cili lumat)
okeyh,mula mula panaskan minyak,biar betul betul panas,then masukkan bahan yang  telah diblenderkan tadi,masak sehingga kekuningan diatas api yang kecil,selepas itu masukkan cili lumat secukup rase,i suke pedas so i masukkan satu senduk,masukkan garam dan gula secukup rasa.and jangan lupa masukkan daun pandan (ribenkan)hahaha

Masak bahan bahan tadi dia atas api yang kecil sehingga benar benar masak,i masak lama 10 minit nak bagi cili masak betul2,then masa tu la bau daun pandan best akan keluar.hehehe,then masukkan gula melaka,dan last masukkan asam keping dan bilis,biarkan di atas api yang sederhana ,kalo pekat sgt leh tambah air skit.dalam 10 minit pastu leh angkat.rasa la skit ikut lidah u guys yer.


3.Ikan tongkol (mati air)

Ikan tongkol yang telah dimati air (direneh)

Ikan tongkol ni leh jugak guna ikan lain,i matikan air,sebab nanti letak je kuah sambal bilis atas dier,bahan bahan nak mati air :

  • Ikan
  • 3 keping asam keping
  • Lengkuas sedikit
  • Garam
  • Sedikit air
  • Gula sedikit
Ni senang je,just letak dalam periuk ,then letak air secawan,jangan rebus tenggelam ikan,then letak semua bahan diatas,masak dlm api yang kecil selama 15 minit.Ikan ni biasanya leh tahan sampai seminggu kalo pandai buat.gituwwww.

jeng Jeng jeng,dah siap nasi lemak i,i masak mmg x berseni,tapi sedap (katanya).hahahaa.


Nasi Lemak Terengganu