Showing posts with label singapura. Show all posts
Showing posts with label singapura. Show all posts

Thursday, 26 May 2011

My Recipe : Nasi Ayam Singapura

Nasi Ayam Singapura


Salam and good days guys, lama benar dah saya rasa saya x update blog ni,bukan apa,broadband ader problem skit and now dah okey,nak guna bb pun malas sebab ada banyak picture.so today nak share resepi i yang i amik from my nanny,ada sedara yang tinggal kat singapore.So sempena hari ibu yang lepas,i ada masak ni untuk mak,makcik and family i...



So Bahan Bahan nya untuk 2 ekor ayam ni and 10 orang Makan:

  • Bahan Asas yang harus di kisar:
Bahan Asas
  1. Bawang besar 7 Biji
  2. Bawang putih 2 labu
  3. Serai 5 batang
  4. 4 cm halia
Bahan kisar dibahagikan dua untuk diletak di dalam ayam dan nasi 
  • Bahan Ayam   
  1. Ayam dibasuh bersih 2 ekor
  2. Bahan Kisar
  3. Madu 2 Sudu Besar
  4. Serbuk kayu manis 3Sudu Besar dan sesudu kunyit debu
  5. Kicap secukupnya
  6. Garam dan gula secukupnya.
cara cara menyediakan ayam : ayam di kukus terlebih dahulu dengan memasaukan sedikit bahan asas yng telah dikisar.Ayam dikukus untuk mendapatkan air rebusan ayam.Selepas itu perap dengan semua bahan diatas.dibiarkan seketika sebelum digoreng.

  • Bahan Nasi Ayam :
  1. Beras yang telah dibasuh (i buat untuk 10 orang makan)
  2. Daun pandan diikat riben
  3. Bahan asas yang telah dikisar
  4. Minyak masak secukupnya atau mentega
  5. Air ayam yang telah dikukus
  6. 2 batang serai yang diketuk
  7. Garam secukupnya
Caranya : panaskan sedikit minyak,tumis bahan yang dikisar,masukkan daun pandan,serai dah beras,masak sedikit,masukan air rebusan ayam secukupnya,kalo x cukup boleh tambah air biasa.letakan kan garam secukupnya.Biarkan hingga masak

  • Bahan untuk sos cili:
  1. Cili besar 10 Batang
  2. Cili padi 4 Batang
  3. Tomato 2 biji
  4. Perahan air limau nipis secukupnya
  5. gula dan garam secukupnya
Kisar semua bahan diatas ye uol.


  • Bahan untuk sup ayam boleh click kat link dibawah :
Resepi Sup Ayam

Perapan ayam


Inilah Hasilnya

selamat mencuba uolll,untuk saladnya uol boleh gune apa je uol rase suke.heheh

love

Affy Ronan