Saturday 9 April 2011

Cara Membuat Telur Tiruan

Salam and good day guys,jom kite bace berita dibawah ni:

Telur ayam tiruan di Pulau Pinang 

Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.

- Bernama


Ayoyoyoy,kat Malaysia pun dah sampai ye uol telur tiruan ni,dulu mase mula mula berita ni heboh ,i ingat telur apalah yang tiruan,rupanya telur ayam.hehe,so i google la website dan dapatlah info macamna dierang buat telur tiruan ni.Sungguh gigih ye,bukan apa,macam susah je nak buat telur ni,baik bela ayam suh ayam bertelur lagi senang kot.jom kite tengok mcmmana mereka di china buat telur tiruan ni.


Telur tiruan lebih bersih ye,clean and clear,ala ala bola ping pong


bahan bahan telur tiruan antaranya karbonat,resin ,alum,matila kene buka buku kimia balik.adoo


Ni acuan khas kuning telur,katanya guna kalsium klorida


Kuning Telur tiruan dimasukan dalam acuan uol,ala agar agar pun ada


lepas tu rendam dalam parafin wax untuk selaput putih ,hurgg


Ni pula proses nak buat kulit telur

Jaga jaga uoll,kulit dier ni mudah pecah skit

Sudah sedia untuk digoreng,nampak palsu kann,rasa dier i x tau


Nampak tak kulit dier nipis dan mudah pecah


macam macam kan zaman sekarang ni,pasni apa pulak yang tiruan,korang jangan pulak try buat kat rumah ye,mana tahu nak jadi jutawan telur ke.hehe.kalo boleh berjaga jaga lah kalo beli telur tu,kalo was was cube pecahkan sebijik,kalo tuan kedai mintak ganti,bayar je ,40 sen je.mana tahu kan telur tiruan.


love,
Affy Ronan

5 comments:

Marissa said...

awak. just nak kongsi lah. pasal isu telor palsu ni kan, saya dah pernah tengok bulan lepas. kat youtube. kalau awak rajin awak search telor paslu+ indonesia. ada berita indonesia wat liputan kat negera diorang sendiri. ek. tengok lah. telor masin palsu kot.huhu

cuba teka! Orang arab sebut kereta macammana?

Affy Ronan Affandy said...

wokey,will read.tq yer for the info,

Nyze 二ザ Crazee said...

ewww..
guna wax? what the...
macam2.
haish~

Affy Ronan Affandy said...

Tula,wat bling org pun best ni

Cyda Acme said...

hai Affy,
Mama dtg bw kat sini smbl folo ...
Memang seram jadiknya biler tau telur pun ader yg tiruan. Apa nak jadiklah dunia skang nih ... macam2 hal ....