Thursday 10 March 2011

My Recipe - Nasi lemak Terengganu

Salam and good morning guys, today is last day adik I ke sekolah sebab after this cuti skolah dah start selama seminggu di zon timur, so I rase nak masa nasi lemak untuk breakfast.So i nak share resipi dengan u guys, tapi I ni kalo share resipi memang i x suke and x rsti nak bagitahu sukatan bahan bahan, sebab i masak ikot apa yang i makan dan rase.hehe, so hope sape yang nak try masak tu, sukatan tu ikot lidah sendiri ler ye.

1.Nasi nya uolll.

Okeyh, i masak nasi ni guna rice cooker jer,i masak dalam 4 cawan beras.so ni bahan bahan untuk nasi:
  • Beras 4 ke 5 cawan
  • Santan 2 kotak
  • Air secukupnya
  • Bawang merah 4 ulas kecil,Bawang putih 2 ulas,halia 1 inci (semua dipotong kecil)
  • Then 2 helai daun pandan diikat ala riben.hahaha
  • sedikit garam.
okeyh,mula mula rendamkan dulu semua bahan bahan tadi dengan beras di dalam periuk selama setengah jam,air jangan letak byk sgt takot nasi lembik.then after stengah jam letak la dalam rice cooker,kacau sebati after dekat nak masak.

2. Sambal Bilis
Sambal Bilis


Okeyh, i suke makan nasi lemak dengan sambal bilis yang pedas dan rasa manis skit.so ni bahan bahannya:

  • Bawang Besar 3 biji, Bawang putih 5 Biji,Halia 1 cm,sedikit belacan (semua bahan diblender)
  • Ikan Bilis 100 gram
  • Minyak masak
  • Gula Melaka ( 1 kerek)
  • Gula
  • Garam
  • Asam keping 2 keping
  • Daun pandan sehelai
  • Cili Boh (cili lumat)
okeyh,mula mula panaskan minyak,biar betul betul panas,then masukkan bahan yang  telah diblenderkan tadi,masak sehingga kekuningan diatas api yang kecil,selepas itu masukkan cili lumat secukup rase,i suke pedas so i masukkan satu senduk,masukkan garam dan gula secukup rasa.and jangan lupa masukkan daun pandan (ribenkan)hahaha

Masak bahan bahan tadi dia atas api yang kecil sehingga benar benar masak,i masak lama 10 minit nak bagi cili masak betul2,then masa tu la bau daun pandan best akan keluar.hehehe,then masukkan gula melaka,dan last masukkan asam keping dan bilis,biarkan di atas api yang sederhana ,kalo pekat sgt leh tambah air skit.dalam 10 minit pastu leh angkat.rasa la skit ikut lidah u guys yer.


3.Ikan tongkol (mati air)

Ikan tongkol yang telah dimati air (direneh)

Ikan tongkol ni leh jugak guna ikan lain,i matikan air,sebab nanti letak je kuah sambal bilis atas dier,bahan bahan nak mati air :

  • Ikan
  • 3 keping asam keping
  • Lengkuas sedikit
  • Garam
  • Sedikit air
  • Gula sedikit
Ni senang je,just letak dalam periuk ,then letak air secawan,jangan rebus tenggelam ikan,then letak semua bahan diatas,masak dlm api yang kecil selama 15 minit.Ikan ni biasanya leh tahan sampai seminggu kalo pandai buat.gituwwww.

jeng Jeng jeng,dah siap nasi lemak i,i masak mmg x berseni,tapi sedap (katanya).hahahaa.


Nasi Lemak Terengganu


5 comments:

Anonymous said...

ok la nanti nk try nasi lemaaaak DUNGUN!!

Anonymous said...

cantik timun uols potong :p

Affy Ronan Affandy said...

Hehe,I kan x berseni,u guys if nak komen,plss us name\url okay,sng I trace

kumfye said...

i miss nasi lemak a lot...must have some when i get back to msia

thefye.com

Affy Ronan Affandy said...

Alaa,kesian u,u can try this recipe dear,simple and easy