Friday, 1 April 2011

My Recipe - Resepi Keropok Losong (Khas untuk perantau)

Keropok Losong
Keropok Losong yang famous

Harga Keropok Losong
Dibuat dan digoreng di depan mata 

Sos cuka
Salam and good day semua, semalam hari khamis i pergi servis kereta dengan my cousin,pergila dekat tan honda,ayoo,servis memang sekejap,tapi nak basuh tu memang lama sampai i tertido dekat bilik menunggu.Sambil tu buat ketupat dengan sorang pakcik yang tunggu kereta dia jugak.Borak borak kosong.

So after siap semua,kami singgah di  hiliran,pergi beli keropok lekor yang memang famous la kat terengganu ni,keropok lekor losong ataupun orang panggil kepok losong.Satu kedai kat situ nama dier adnan.Tu la tempat orang selalu beli,siap beratur panjang.Harga pun murah.so sambil tunggu dierng goreng kerepok tu,iol pegi tengok makcik yang mengentel keropok tu,ada macam macam size,so iol tanye la resipi dier,so ni uol try la.Mak i pun pernah buat kat rumah guna resipi yang sama.

I kesian tgk kawan kawan kat oversea mengidam keropok lekor,kesian kat aisyah,ryssa,aizat sume tu.so nah iol dah search dah apa nama tepung tepung semua tu.Terima la....Kalo dah buat bagitau eh korang.
bahan bahanya:
  1. 5 cawan isi ikan kembung/selayang or kalo xde try tuna dalam tin
  2. 2 1/2 cawan "potato flour or glutenous flour or sago flour" = tepung sagu
  3. 3 sudu kecil garam

Untuk sos nye pulak kalo rajin :

  1. 3 sudu besar cili blend
  2. sedikit gula melaka if ada
  3. 1 sudu kecil asam jawa
  4. 2 sudu besar gula
  5. 1/2 sudu kecil garam
  6. 2 sudu besar cuka
  7. 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
  8. 2/3 cawan air

.dan cara caranya.

  1. Bersihkan ikan,buang tulang, dan kulit ikan. Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.Kalo nak sedap lagi letak banyak ikan.Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur.Jangan letak air uol
  2. Selepas blend kesemua isi ikan,masukkan dalam mangkuk besar,uli dan masukkan tepung sagu sedikit demi sedikit.Gaul sehingga ke semua tepung abis.
  3. Masukkan garam dan ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan pemotong.Kalo malas uol boleh buat bemtuk macam fish ball aje.
  4. Taburkan sedikit tepung kanji di atas papan supaya adunan tak melekat pada papan. 
  5. Buat sampai habis uol

cara  nak masaknya pulak:


  1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
  2. Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.Lepas rebus boleh goreng jugak .Mana mana pun sama je sedapnya
  3. Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style).Sedap dimakan panas2..
Untuk sos pula :  masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lepas tu masukkan cili yang sudah di blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.

Ingat uol tipsnya,keropok yang sedap memerlukan ikan lebih banyak dari tepung,nisbah 5 cawan isi ikan, 2 cawan tepung sagu.Tak guna tepung kanji pun tak apa.

love

Affy Ronan

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 comments:

Nava Kishnan said...

you know what, any kind of keropok I will like, all the keropok so delicious.

Affy Ronan Affandy said...

U shold try this,or come to trg,will be ur heaven of keropok :-)

Ken Wooi said...

yum yum :)

Affy Ronan Affandy said...

hye ken,u should try..mmg nyum nyum