Salam and good day uuol,baru baru ni masa menonton anugerah bintang popular berita harian, ada lah adengan lawak johan dengan usop mengumumkan siapa bintang paling popular,Maybe yramai tak tahu siapa usop sebenarnya.So saya selitkan disini artikel dari metro.
NAMA komersialnya yang pernah digunakan dulu, Shy8 hanya diingati sebahagian peminat. Begitu juga nama sebenarnya, Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalullail juga kedengaran asing dalam dunia seni tanah air.
Namun apabila menyebut Usop Wilcha (wheel chair), peminat pasti terbayang karakternya sebagai bekas penari kebudayaan yang dikenali menerusi filem Mamat Khalid, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Siapa sangka di sebalik karakter humornya, pelakon berusia 46 tahun ini memegang jawatan besar sebagai Pengurus Komunikasi Korporat sebuah syarikat gergasi yang terbabit dalam industri minyak dan gas sejak empat tahun lalu.
Syed yang pernah tampil dengan album Terasing Di Bumi Sendiri pada 1996, mengakui dirinya tegas dalam karier. Dia pernah bersuara apabila berasa dianaktirikan syarikat rakaman.
"Saya adalah penerbit dan pencipta semua 10 lagu dalam album ini. Memang saya tiada asas dalam muzik, tapi adakah saya tak berpeluang untuk mencurahkan sesuatu buat industri?
"Kalau industri muzik dimonopoli orang tertentu, bagaimana hendak maju sedangkan ada lagi anggota masyarakat yang boleh menyumbang tapi tak diberi peluang untuk berkarya.
"Saya bukannya syok sendiri, tapi saya belajar cipta lagu menerusi 'feel' dan kemudian diterbitkan dalam album. Ketika itu umur saya 30 tahun dan saya sanggup berhenti kerja untuk jadi artis syarikat ini. Saya terkapai-kapai tanpa tujuan. Tak ramai yang berani dalam dunia seni, tapi saya rasa perlu bercakap sesuatu.
"Saya berani ambil risiko buat lagu, tapi tak diberi perhatian. Dari dunia lain, saya masuk bidang seni, namun nampak perkara lain pula. Akhirnya saya meluahkan perasaan itu tanpa berselindung. Saya berani kerana berpegang pada prinsip kalau hanya ada satu peluru, kena berhati-hati. Tapi, kalau ada lebih, tembaklah.
"Artis sebenarnya tak hina tapi orang sekeliling (pekerja yang diamanahkan) jadikan mereka hina. Bagaimanapun, kelantangan saya dulu mungkin kerana faktor usia. Saya sudah buat banyak kerja dalam hidup. Pernah ketika jadi Yang Dipertua Kelab Prostar Negeri Perak, saya jadi pembancuh teh di restoran dan dapat RM100 untuk tiga hari semata-mata hendak cari duit untuk hadir ke mesyuarat. Pengalaman jadi sandaran dalam hidup saya," kata Syed ketika ditemui di pejabatnya.
Pelakon berasal dari Kuala Kangsar ini berkata, sejak dulu dia tidak suka melobi untuk mendapat tawaran berlakon dan lebih suka orang melihat bakat lakonannya.
Dia tak suka menggunakan orang dalam walaupun boleh berbuat demikian. Kini, dia bersyukur kerana biarpun mengambil masa lama, peminat sudah boleh menerimanya.
Mengenai kerjayanya, Syed perlu sentiasa kreatif dan menjaga imej syarikat supaya sentiasa dipandang positif. Popularitinya sekarang sedikit sebanyak memudahkan komunikasinya dengan media.
"Sejak dulu saya buat pengurusan acara dan kenal banyak orang. Dengan 'penangan' filem HKLBR, lagilah memudahkan kerja saya dan beri kesan positif. Kalau dulu, saya boleh suruh orang lain kendalikan, tapi sekarang kalau boleh pelanggan minta saya sendiri turun padang.
"Secara tak langsung, kami dapat kurangkan kos korporat kerana dapat capai sasaran pembabitan dengan syarikat lain. Saya sekarang cuba tonjolkan imej positif bahawa seorang pelakon juga mempunyai kerjaya yang baik.
"Bukanlah saya suruh mereka buat seperti saya tapi sekurang-kurangnya mereka boleh jadi duta produk dan tonjolkan nilai positif dalam diri mereka. Walaupun saya tegas ketika bekerja, kakitangan saya tahu bagaimana cara saya rapat dengan mereka," katanya.
Meskipun terikat dengan kerja, Syed tetap mencuri masa berlakon pada hujung minggu. Terbaru, dia akan muncul menerusi sekuel filem Husin Mon & Jin Pakai Toncit yang turut diarahkan Mamat Khalid. Tayangannya dijangka penghujung tahun ini.
"Filem ini masih dibintangi pelakon dalam HKLBR kecuali Johan dan Ummi Nazeera. Watak Usop kini sebagai sokongan kepada Husin (Awie). Husin ada saat sebagai watak utama. Saya pun ada saat begitu juga
.
"Ini proses Mamat nak tunjukkan kekuatan saya. Mungkin saya bertuah kerana ada kerjaya tetap, jadi saya boleh pilih tawaran dan cipta karakter menarik. Tapi keburukannya, saya tak dapat kerap berlakon.
"Saya bukan pelakon komedi yang selalu buat lawak bodoh. Karakter humor saya dalam HKLBR adalah serius. Dalam set juga saya seorang yang serius. 30 minit sebelum penggambaran saya sudah jadi Usop. Orang lain nak gelak pun saya sudah tak pedulikan. Saya betul-betul serius ketika bekerja. Mungkin watak Usop itu ada 'sense of humor'.
"Apabila masuk bidang seni, saya jadi milik masyarakat. Setiap kali berjumpa saya, orang mesti hendak bergambar. Usop sangat sinonim dengan saya. Apabila mereka jadikan saya sebagai idola, ia satu penghargaan yang besar. Bahkan, apabila popular ramai yang mengaku saudara dan kawan sedangkan ketika jatuh dulu, saya hilang mereka," katanya mengimbas pengalaman pahit yang dilalui.
ps: Love u la ucop.heheheheheh
love,
Affy Ronan
ps: Love u la ucop.heheheheheh
love,
Affy Ronan
6 comments:
contoh artis yang baik...
Yup,u juga boleh bace pasl paknil,tajuk dier a story to tell,bangla road,phuket and aznil haji nawawi
yup...karakter usop wilcha ni antara yg the best dlm HKLBR...memg gelak besar sape bila tngok usop wilcha dalam ni...
-fatin syuhaida is blogwalking
13:43.7/4
Betul tu fatin,lawak dia pun berisi
Watak pak usop wilcha mmg sangat terkesan. sy suke. hehe dia kentot bau telor dlm hantu kak limah balik umah.haha
Cara menolak bala secara dot dot dot
hahahah,dier mkn maggi telor time tu
Post a Comment