Wednesday, 30 March 2011

Tips -Tips Sebelum Melancong

Salam and good days uol,

Cuaca sekarang dekat dungun ni memang x menentu ,kadang kadang panas,kadang kadang hujan,dah macam musim tengkujuh pun ada.Okay today saya nak share dengan anda semua tips - tips sebelum anda melancong.Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri, bahan bacaan yang telah dibaca dan pendapat kawan.Maybe tips ni berguna untuk anda semua.Saya tulis secara general dan bukan nya berdasarkan tempat yang anda lawati.Selamat membaca guys.

1.Pasport dan Visa

Malaysian Pasport  


Untuk destinasi luar negara, pastikan segala visa dan dokumen yang diperlukan telah siap sedia.Pastikan anda membuat 3 salinan muka hadapan pasport anda dan visa jika ada.Ini adalah untuk memudahkan urusan anda jika perkara yang tidak diingini berlaku atau kehilangan pasport semasa melancong.
  • Satu untuk simpanan  keluarga di Malaysia
  • Satu untuk dipegang oleh rakan yang bersama anda ketika melancong ( Letakkan di dalam beg yang ditinggalkan di hotel )
  • Satu untuk urusan check in hotel.Biasanya mereka memerlukan pasport anda,jika boleh bagi yang telah diphotostat.

2. Tiket Penerbangan

ni tiket lain kot,korang jgn salah tiket mcmni


Pastikan tiket penerbangan anda dibawa,setidak tidaknya simpan number tiket atau softcopy di dalam telefon anda.Periksa betul betul tarikh dan masa .Jangan sampai anda tertinggal flight pula.lagi satu if naik carrier oversea, ask them for moslem food.


3.Handphone dan simcard

wow

Masalah komunikasi memang merimaskan ,so pastikan anda bersedia se awal awalnya,untuk pengguna prepaid, kalau anda berniat ingin menggunakan nombor asal,roaming boleh dilakukan setibanya anda tiba di empat yaang ingin dilawati,sila topup banyak banyak sebab setiap call yang diterima juga di charge.Untuk Pengguna postpaid , sila daftarkan roaming service terlebih dahulu di cawangan yang berdekatan.Anda akan dikenakan bayaran.Eh,international plug jangan lupe bawak ye uol.

Sekiranya anda ingin mengunakan perkhimatan setempat, i mean simcard disana,anda boleh membeli prepaid dan pastikan meletak awalan +60 untuk menhubungi kawan kawan dimalaysia,contoh +60 123456789 atau + 60 345678765.Kalo guna public phone,uol leh gantikan + tu dengan 00.


4.Beg Beg uol

Our bag masa eurotrip


Beg ni boleh dikategorikan kepada dua, satu yang nak masuk dalam perut flight tu, satu yang nak wat naik atas bersama dengan kite.wokeyy,kalo nak check in luggage, make sure u ask them to put Fragile punya sticker,or Handle with care punya sticker.Free of charge je,if they ask why, ckp ada barang mudah pecah.Sebab kebanyakan airlines ni main campak je bag.so nampak stciker tu atleast dierang carefull skit.

Jangan lupa guys, beli mangga untuk lock kan beg anda.Untuk hand luggage pulak,jangan letak perfum or apa apa bahan cecair yang lebih 100 ml,nanti kene buang mcmtu je uol.rugi,tu semua letak dalam check in bag je. Then jangan lupa ask from the airline tag nama,senang nanti kalo hilang orang boleh pulangkan.


5.Ubat - Ubatan
Owh inhaler ku

Kepada siapa yang rase alah tu or sakit,leh la bawak ubat ubatan,tapi jangan bawak banyak sangat nanti takot xleh naik flight pulak.hahaha.I pernah kene check dengan pakcik arab yang gatal masa nak keluar airport abu dhabi,abis dier tuang beg ,terkeluar abis lip ice,inhaler ,perfum kecik bagai.senyum je dier.hahah.Uol bawakla vitamin ke apa ke,senang skit kumpul tenaga nak jalan jalan kan.

okayla,sampai sini dulu i share,nanti if ader lagi tips i akan letak dalam setiap entry travel i okay, now i tengah x brapa sihat,so sambil baring atas katil sambil ingat sikit sikit pengalam travel i untuk dikongsi.


love,

Affy Ronan


2 comments:

SYARIFAH HAFSAH said...

Mmg nak travel pun. Nak pergi Melbourne. yay!

Affy Ronan Affandy said...

Wowo kakak,bestnyaaa,mesti membawa hati yang lara ni